Lelaki tempatan ditahan terlibat pengedaran dadah di Hulu Selangor
HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Sentosa berjaya menahan suspek dan menemui dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis syabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, susulan penemuan bahan terlarang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Saya menyeru orang awam agar bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah serta kegiatan mencurigakan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








