BERITA SEMASA

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di beberapa negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka berlaku di kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur hingga Rabu.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk itu diramalkan di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendaang, Sik dan Baling, di Hulu Perak, Perak, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Segamat, Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button