JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera dicucuk kerambit rakan sekelas

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera ringan di lengan selepas dipercayai dicucuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah di Shah Alam, pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.42 pagi dan membabitkan mangsa berusia 14 tahun serta seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan sekelasnya.

Menurut beliau, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan, namun kemudian diberikan jaminan polis selepas didapati kurang sihat.

“Senjata tajam yang digunakan suspek ialah kerambit sepanjang kira-kira 10 sentimeter.

“Tiada tujuan atau motif kejadian dikenal pasti setakat ini dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian yang tular di media sosial berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah menengah dicucuk dalam insiden di sekitar Shah Alam.

Sarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button