MPSepang komited jayakan agenda alam sekitar Negeri Selangor
SEPANG – Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025 semalam diraikan dengan penuh semangat dan kesedaran terhadap usaha melestarikan bumi demi generasi akan datang.
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) turut menzahirkan komitmen dalam menjulang agenda alam sekitar, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan serta visinya untuk menjadi perbandaran bersih, hijau dan sejahtera.

Kehadiran Yang Dipertua MPSepang, Dr. Ani Ahmad menyerlahkan peranan aktif pihak berkuasa tempatan dalam mendidik dan memimpin perubahan di peringkat akar umbi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Wandi Yadzid Yaakob.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim yang menekankan kepentingan pemerkasaan komuniti dalam usaha memelihara alam sekitar.
Menurut MPSepang, sambutan itu bukan sekadar acara tahunan simbolik, malah merupakan wadah untuk menggerakkan tindakan bersama, mendidik masyarakat dan memperkukuh amalan gaya hidup lestari.
“Daripada pelaksanaan tadbir urus hijau sehinggalah kepada inisiatif rendah karbon, MPSepang terus komited menjadi peneraju perubahan ke arah pembangunan yang lebih hijau dan mampan.
“Bersama kita jaga bumi, demi masa hadapan generasi akan datang. Dari Sepang, untuk Malaysia yang lebih sejahtera,” jelas kenyataan MPSepang melalui hantaran di Facebook.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








