BERITA SEMASA

20 kenderaan buruk ditunda dalam operasi penguatkuasaan MPSepang di Puchong

PUCHONG – Sebanyak 20 kenderaan buruk ditunda dan disita oleh Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Taman Mas, Taman Putra Prima dan Taman Putra Perdana, di sini kelmarin.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Unit Kenderaan Buruk, Jabatan Penguatkuasaan MPSepang susulan rondaan serta aduan orang awam berhubung kenderaan terbiar yang mencacatkan pemandangan dan mengganggu kawasan awam.

Antara lokasi yang terlibat ialah Jalan Dagang Mas 1, Jalan Dagang Mas 7, Jalan Lingkaran Dagang Mas, Jalan PP 2/3, PP 2/4, PP 2/5, PP 3/11, PP 8/10, PP 8/12, PP 9/5 dan PP 9/6.

Menurut MPSepang, tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(e), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan kesalahan bagi individu yang menyebabkan kenderaan buruk diletakkan di tempat awam.

“MPSepang akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membiarkan kenderaan terbiar di kawasan awam sehingga menjejaskan pemandangan, keselamatan dan kebersihan persekitaran,” menurut kenyataan majlis itu.

Tambah kenyataan itu, operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan imej bandar dan persekitaran di bawah pentadbiran MPSepang sentiasa bersih dan terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button