C-SMART 2025 perkasa pengetahuan, kemahiran pengurusan bangunan berstrata
PUTRAJAYA – Bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan bangunan berstrata, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) baru-baru ini menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Berstrata (Comprehensive Strata Management and Residential Training @ C-SMART) 2025.
Berlangsung selama dua hari di Hotel Zenith, Putrajaya pada 4 dan 5 Oktober lalu, kursus berkenaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kecekapan serta profesionalisme peserta dalam mengurus dan menyelenggara bangunan berstrata secara sistematik serta mematuhi peruntukan undang-undang semasa.

Seramai 40 peserta terdiri daripada wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), pemaju, pengurus harta berdaftar serta ejen pengurusan telah menyertai program berkenaan.
Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi ceramah daripada beberapa penceramah jemputan berpengalaman, merangkumi pelbagai topik penting seperti penyenggaraan bangunan, pengurusan kewangan serta tatacara pentadbiran dan pematuhan Akta Pengurusan Strata.
Majlis penutupan C-SMART 2025 disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Operasi, Unit Pengurusan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Dr Norhanizan Sahib.
Turut hadir Pengarah Unit Pesuruhjaya Bangunan MPSepang, Mohamad Shahrudin Johar.
“Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah membuka ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan serta menambah baik sistem pengurusan di kawasan masing-masing,” kata MPSepang dalam kenyataan di Facebook.
MPSepang berharap penganjuran C-SMART dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan pengurusan komuniti berstrata terus berkembang seiring matlamat Selangor Maju dan Malaysia Madani.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








