BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lebih 3,000 gagak ditembak dalam Operasi OMG 2025

SEPANG – Sebanyak 3,605 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak (OMG 2025) oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) semalam.

Menurut kenyataan MPSepang, operasi itu dijalankan bagi menangani gangguan populasi burung gagak yang semakin meningkat dan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk.

“Jumlah tertinggi direkodkan di kawasan Serenia, Kota Warisan dan Bandar Baru Salak Tinggi iaitu sebanyak 884 ekor,” kata kenyataan tersebut.

Seramai 44 penempak terlatih menyertai operasi yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang itu.

Operasi yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang itu menyaksikan penglibatan seramai 44 orang penembak terlatih yang ditugaskan di beberapa kawasan strategik dalam daerah Sepang.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi tersebut merupakan inisiatif berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani aduan kacau ganggu awam akibat pertambahan ketara populasi burung gagak.

BACA : MPSepang, SUK anjur sesi penilaian fizikal Anugerah Inovasi Negeri Selangor

“Ia termasuklah dalam aspek pencemaran bunyi, najis yang mengganggu kebersihan dan kesihatan awam serta kerosakan harta benda awam disebabkan kandungan asid dalam najis burung tersebut.

“Kewujudan populasi gagak yang tidak terkawal telah menyebabkan peningkatan kos penyelenggaraan aset awam dan mencemarkan imej bandar, sekali gus menjadikan persekitaran kurang menarik untuk didiami dan dikunjungi,” katanya.

Sebelum ini, MPSepang turut melaksanakan pelbagai kaedah pengawalan termasuk menabur umpan dan memasang perangkap, namun bilangan burung gagak yang terus meningkat memerlukan pendekatan lebih agresif dan bersasar.

MPSepang menegaskan bahawa operasi seperti OMG 2025 akan terus dijalankan secara berkala berdasarkan penilaian keperluan, selain menggalakkan kerjasama komuniti dalam menangani punca yang menarik kehadiran burung gagak seperti pembuangan sisa makanan secara terbuka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button