BERITA SEMASA

MP Sepang rintis tanam padi di Cyberjaya

CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) merintis penanaman padi di tengah bandar dengan menanam makanan ruji rakyat Malaysia itu di tanah seluas tujuh ekar di sini.

Projek rintis itu yang bermula pada 15 Oktober lalu dibuat di Kebun Bandar@Cyberjaya dengan di kelilingi kira-kira 400 pokok buah-buahan pelbagai spesis.

Menurut MP Sepang, padi jenis MR297 Siraj itu ditanam di tapak berkeluasan petak padi 30’x15’ atau 450 kaki persegi dengan dikawal selia oleh Jabatan Landskap.

“Tujuan utama projek ini dibuat ialah bagi mewujudkan suasana kampung dan desa di tengah bandar.

“Selain itu, ia memberi pendedahan kepada masyarakat generasi kini tentang suasana sawah bendang dan mewujudkan rantaian keterjaminan makanan,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Sementara itu katanya, untuk pelan masa depan, pihaknya merancang untuk menambah plot petak padi kepada empat plot dan menambahbaik sistem pengairan bersepadu.

Katanya, langkah itu adalah supaya penghasilan padi berada pada tahap 80 peratus kemenjadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button