BERITA SEMASADALAM NEGERI

MPSepang, SUK anjur sesi penilaian fizikal Anugerah Inovasi Negeri Selangor

SALAK TINGGI – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah menganjurkan sesi penilaian fizikal bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2025 di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, di sini semalam.

Sesi tersebut merupakan penilaian peringkat awal untuk memilih kumpulan inovasi terbaik dari daerah Sepang yang akan mewakili daerah ke peringkat akhir AINS 2025.

Peserta mengambil peluang bergambar bersama Dewi Dirwana (tiga dari kanan) yang mengetuai sesi pemilihan fizikal tersebut.

MPSepang dalam satu kenyataan memberitahu, penilaian akhir dijadualkan berlangsung secara dalam talian dan dikendalikan oleh Pejabat SUK Selangor pada bulan Julai 2025.

Penilaian di peringkat daerah itu telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor, Dewi Dirwana Munasir

“Seramai 26 kumpulan inovasi telah menyertai sesi ini, merangkumi wakil daripada agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS), kolej kemahiran serta sekolah-sekolah di sekitar daerah Sepang.

“MPSepang turut mengambil bahagian menerusi Kumpulan Inovasi First Star yang membentangkan projek inovasi Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPK) hasil cetusan idea di dalam organisasi.

“Semoga kumpulan-kumpulan inovasi dari daerah Sepang terus berjaya melangkah ke peringkat akhir dan seterusnya mengharumkan nama daerah Sepang ini sebagai salah satu hub inovasi negara Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button