5 mesin jual air disita dalam Operasi Bersepadu MPSepang
SEPANG – Sebanyak lima mesin jual air disita dalam Operasi Bersepadu RO Water yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di sekitar Dengkil dan Kota Warisan, baru-baru ini.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Unit Aduan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perlesenan MPSepang itu menyasarkan premis yang beroperasi tanpa lesen dan permit sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Antara kawasan yang terlibat dalam pemantauan ialah Taman Mutiara, Taman Bintang Mas dan Sunsuria Kota Warisan.
Sebanyak 17 mesin jual air diperiksa, dan lima daripadanya telah disita kerana gagal mematuhi syarat lesen yang ditetapkan.
Menurut kenyataan MPSepang, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, iaitu bagi kesalahan meletakkan barang berkaitan perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran.
“Majlis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berisiko menjejaskan aspek kebersihan dan keselamatan pengguna,” menurut kenyataan tersebut.
MPSepang turut menasihatkan semua pengusaha mesin jual air agar memastikan setiap mesin yang beroperasi mendapat kelulusan dan permit sah daripada pihak berkuasa tempatan.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan sitaan, denda atau pendakwaan di mahkamah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan operasi mesin air tanpa lesen digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran rasmi MPSepang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








