BERITA SEMASA

MPS siasat dakwaan kebocoran maklumat pengadu

SELAYANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kebocoran maklumat seorang pengadu yang tular di media sosial.

MPS dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum isu berkenaan yang tersebar khususnya menerusi platform Threads serta perkongsian video, termasuk dakwaan bahawa maklumat seorang pengadu telah diketahui oleh pihak tertentu.

Menurut MPS, aspek kerahsiaan dan pengendalian maklumat pengadu yang diterima melalui saluran aduan rasmi sentiasa diberi perhatian serius.

“Pada masa yang sama, MPS sedang menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti perkara tersebut dan mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

MPS turut menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu tular sekumpulan lelaki berbalah dengan seorang individu selepas tidak berpuas hati disaman oleh MPS.

Lelaki yang disaman itu mendakwa maklumat mengenai individu yang membuat laporan sehingga dirinya disaman diperoleh daripada pekerja PBT itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button