BERITA SEMASA

Tahanan rumah Najib: BN junjung kasih perkenan Agong

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan perkenan baginda terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu amat besar maknanya kepada Najib dan keluarganya, selain seluruh keluarga besar BN yang selama ini menitipkan doa serta mengharapkan segala urusan bekas Perdana Menteri itu dipermudahkan.

Menurutnya, BN berpandangan proses permohonan berkaitan perkara itu telah disampaikan dengan penuh tertib melalui saluran yang sah, selain menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“BN menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran, ketenangan dan adab, serta menghormati segala syarat dan proses yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata, BN akan terus berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang yang menjadi tunjang kepada keamanan, kestabilan serta kemakmuran negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button