Najib dijadual jalani prosedur perubatan buang plak berhampiran saluran darah
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang dikesan berhampiran saluran darah dalam masa terdekat.
Perkembangan mengenai keadaan kesihatan Najib dimaklumkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Rosmah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghubungi keluarga mereka serta menitipkan doa dan kata-kata semangat buat suaminya.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi kami, bertanya khabar serta menitipkan doa dan kata-kata semangat buat suami saya.
“Saya amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh sahabat handai, rakan-rakan serta para penyokong beliau,” katanya.
Beliau turut memohon orang ramai agar terus mendoakan supaya segala urusan dan prosedur perubatan yang akan dijalani Najib dipermudahkan.
“Dalam saat ini, saya memohon agar semua terus mendoakan semoga segala urusan dan prosedur yang bakal dijalani beliau dipermudahkan, berjalan dengan lancar dan beliau dikurniakan kesihatan serta kekuatan.
“Terima kasih atas ingatan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT melindungi beliau dan mengurniakan yang terbaik,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















