BERITA SEMASA

PRN Melaka: MCMC pantau kandungan media sosial, elak isu 3R

DURIAN TUNGGAL – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau kandungan yang dimuat naik di media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) tidak disentuh.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemantauan itu merupakan sebahagian daripada fungsi MCMC sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Beliau menyeru semua pengguna internet supaya berkempen secara demokratik dan harmoni tanpa menyentuh isu yang berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Semua berhak untuk berkempen, tetapi lakukannya secara demokratik dan tidak menyentuh isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya memetik laporan BERNAMA.

Terdahulu beliau meninjau pelaksanaan Projek Wi-Fi IPTA Fasa 3 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Menurutnya, MCMC mempunyai pasukan pemantau yang akan memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh berkempen.

“Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan pemantauan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button