BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Kerajaan serah MCMC siasat dakwaan operasi manipulasi AI sasar Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan siasatan lanjut dan menyeluruh berhubung dakwaan Malaysia menjadi sasaran operasi manipulasi komersial berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan mengesahkan laporan awal mendapati terdapat cubaan pihak terbabit untuk mendekati MCMC.

fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Bagaimanapun, katanya, usaha pihak berkenaan itu tidak berjaya.

ā€œApa yang kita tahu, laporan itu berkait X (platform X), tapi ramai orang Malaysia sudah tak guna (tidak aktif) di X.

ā€œRamai sekarang guna Threads sebab banyak kisah menarik di Threads,ā€ katanya memetik laporan Metro Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai acara Oxyenergy Prima Merdeka Run 2026 anjuran Kelab Media Prima di Balai Berita Bangsar, di sini hari ini.

Larian berkenaan disertai kira-kira 1,600 peserta daripada pelbagai peringkat umur.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad (MPB), Datuk Farrah Naz Abd Karim yang juga Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST).

Sebelum ini, laporan mendedahkan Malaysia menjadi sasaran operasi manipulasi komersial berteraskan AI yang dipercayai membabitkan lebih 1,000 akaun X palsu, data pengundi serta sistem penyasaran berasaskan kawasan pilihan raya bagi mempengaruhi sentimen politik.

Pendedahan itu dibuat Anthropic, syarikat di sebalik platform AI Claude, menerusi laporan terbaharunya selepas mendapati sebuah akaun menggunakan platform berkenaan bagi tujuan manipulasi pilihan raya dengan menyasarkan pengguna di Malaysia.

Berdasarkan laporan Anthropic bertajuk Detecting and Countering Misuse of AI: September 2026, operasi itu dikaitkan dengan sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Istanbul dan menawarkan akses kepada perkhidmatan dikenali sebagai ā€˜influence-as-a-service’ atau pengaruh sebagai perkhidmatan.

Dalam perkembangan berkaitan, MCMC menafikan pembabitannya dalam sebarang aktiviti atau urusan yang didedahkan menerusi laporan Anthropic berkenaan.

Menerusi kenyataan semalam, MCMC berkata pihaknya mengambil serius perkara yang dibangkitkan dan sedang meneliti laporan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan bagi mengenal pasti fakta dan menilai perkara yang dibangkitkan.

ā€œSebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh serta mengikut bidang kuasa MCMC, dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan sekiranya perlu,ā€ katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button