BERITA SEMASA

MCMC lapor polis penghantaran bungkusan mencurigakan yang dihantar kepada pengerusinya

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier yang menggunakan nama Pengerusi MCMC sebagai penerima.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun lalu.

“Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadappenghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan olehpenerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai.

“Bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi siasatan lanjut oleh polis,” katanya hari ini.

Dalam pada itu MCMC memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara.

Katanya, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak dibuat pesanan.

“Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segeramenghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button