SUKAN

Mbappe cipta rekod baharu Piala Dunia, bantu Perancis tewaskan Sweden 3-0

EAST RUTHERFORDPenyerang sensasi Perancis, Kylan Mbappe terus mengukuhkan statusnya sebagai bintang terbesar Piala Dunia apabila mencipta rekod baharu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat kalah mati kejohanan itu.

Dalam aksi pusingan 32 terbaik menentang Sweden Mbappe meledak dua gol untuk membantu meraih kemenangan selesa.

Mbappe hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-20, namun golnya dibatalkan kerana ofsaid dan dia sekali lagi menguji kubu Sweden pada minit ke-32 apabila percubaannya terkena tiang gol.

Penyerang berusia 27 tahun itu akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-45 menerusi aksi individu yang memukau selepas menerima hantaran hasil sepakan penjuru pendek, Mbappe Mbappe memperdayakan pemain Sweden sebelum melepaskan rembatan lencong yang menewaskan penjaga gol .

Gol tersebut merupakan jaringan kesembilan Mbappe di peringkat kalah mati Piala Dunia dalam hanya sembilan perlawanan sepanjang tiga edisi kejohanan, sekali gus mengatasi rekod lapan gol yang sebelum ini dikongsi legenda Brazil, Ronaldo.

Mbappe kemudian menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-75 menerusi satu lagi rembatan padu kaki kanan dari sebelah kiri kotak penalti, sekali gus mengukuhkan kedudukan Perancis.

Dua jaringan itu menyaksikan jumlah keseluruhan gol Mbappe di Piala Dunia meningkat kepada 18.

Mbappe turut mengatasi rekod 16 gol yang sebelum ini dipegang oleh Miroslav Klose.

Menariknya, Messi memerlukan enam edisi Piala Dunia untuk mencapai 18 gol, manakala Mbappe hanya memerlukan tiga kejohanan.

Setakat Piala Dunia 2026, Mbappe kini telah menjaringkan enam gol, sekali gus mengatasi dalam perebutan Kasut Emas dan berkongsi kedudukan teratas bersama Messi.

Selepas menjaringkan gol, Mbappe dilihat memeluk erat ketua jurulatih Perancis, yang kembali mengendalikan pasukan selepas menghadiri pengebumian ibunya di Perancis.

Sejak membuat penampilan sulung di Piala Dunia pada usia 19 tahun pada 2018, Mbappe telah mencipta pelbagai rekod termasuk membantu Perancis muncul juara dunia di Rusia, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik serta menjadi remaja pertama selepas yang menjaringkan gol dalam final Piala Dunia.

Prestasi cemerlangnya di Qatar 2022 turut menyaksikan dia meraih Kasut Emas selepas meledak lapan gol, termasuk hatrik dalam perlawanan akhir menentang Argentina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button