BERITA SEMASA

Oman tewas mengejut kepada Kyrgyzstan, Malaysia pendahulu Kumpulan D

MUSCAT – Kyrgyzstan mengejutkan pasukan pilihan dalam Kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Oman dengan keputusan 1-0.

Gol Kyrgyzstan dijaringkan oleh Odilzhon Abdurakhmanov yang meledak jaringan pada minit ke-49 sekaligus meletakkan skuad kendalian Štefan Tarkovič mendahului permainan sebelum menoktahkan kemenangan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Oman jatuh ke tangga kedua sementara Malaysia mendahului saingan dengan mengumpul enam mata.

Terdahulu Harimau Malaya mengatasi Taiwan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan semalam dengan keputusan 1-0.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Darren Lok yang masuk sebagai pemain gantian.

Kemenangan ini merupakan yang kedua negara selepas menewaskan Kyrgyzstan di gelanggang sendiri minggu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button