Mangsa serangan harimau di Sungai Siput selamat dikebumi
KUALA LUMPUR – Jenazah lelaki Orang Asli, Allahyarham Zamberi Angah, 43, yang maut dipercayai diserang harimau belang ketika mencari hasil hutan, selamat dikebumikan di Kampung Takong, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak semalam.
Berita mengenai pengebumian Allahyarham dikongsikan pengguna media sosial, @Nixamrahman menerusi hantaran di Threads selepas berkesempatan menghadiri upacara pengebumian mangsa.

Menurutnya, Zamberi merupakan penduduk Kampung Takong yang menjadi mangsa serangan haiwan liar ketika keluar mencari rezeki dengan mengumpul hasil hutan.
“Sempat melawat pengebumian sahabat Orang Asli kita, Allahyarham Zamberi Angah dari Kampung Takong, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak, yang menjadi mangsa serangan harimau belang ketika mencari rezeki mengumpul hasil hutan.
BACA JUGA:
Lelaki Orang Asli maut dibaham harimau di Sungai Siput
PERHILITAN gerak operasi susulan lelaki Orang Asli maut disyaki dibaham harimau
“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman, ahli keluarganya diberi kekuatan dan penduduk kampung diberi keselamatan, terutama dalam tempoh masa yang mencabar,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Terdahulu, Zamberi dilaporkan maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika keluar mencari rotan di kawasan Kampung Takong, Pos Perwor.
Mayat mangsa ditemukan pada pukul 6.58 petang, Isnin lalu, di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak.
Susulan kejadian itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian.
Tindakan berkenaan turut melibatkan usaha mengenal pasti tanda-tanda kehadiran harimau belang bagi memastikan keselamatan penduduk susulan insiden serangan haiwan liar terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








