BERITA SEMASAHIBURAN

Lebih 300 hadir beri penghormatan terakhir, jenazah Jalil Hamid selamat dikebumi

SHAH ALAM – Lebih 300 ahli keluarga, rakan artis dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada seniman veteran, Jalil Hamid yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini petang tadi.

Jenazah Allahyarham, 69, dikebumikan kira-kira pukul 6.30 petang selepas disolatkan di Masjid Al-Munawwarah.

Perjalanan terakhir Allahyarham diiringi kehadiran ramai kenalan termasuk rakan selebriti yang turut sama menzahirkan penghormatan.

jalil hamid
Allahyarham Jalil Hamid

Antara yang hadir ialah Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Fizz Fairuz, Herman Tino, Sabri Yunus, Tam Spider, Abon dan Nabil Ahmad.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Terdahulu, anak kelima Allahyarham, Afiqah Jalil, 33, mengesahkan bapanya meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di kediaman keluarga di Taman Alam Megah, Seksyen 28, di sini.

BACA JUGA:

Pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia

Negara kehilangan permata seni, Jalil Hamid dikenang sebagai penghibur unik – Fahmi

Allahyarham sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan termasuk komplikasi jantung dan pernah menangguhkan hasrat menunaikan ibadah haji.

Dilahirkan pada 25 April 1957 di Kampung Kuala Masai, Johor, Allahyarham membesar di FELDA Cahaya Baru sebelum mencipta nama dalam industri seni tanah air.

Sepanjang lebih empat dekad berkecimpung dalam bidang seni, beliau meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-13 menerusi filem Baginda, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2016 (Calon Syurga) serta Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Telenovela 2018 (Bisik Pada Langit).

Selain lakonan, Allahyarham turut dikenali dalam bidang nyanyian menerusi lagu popular Ayam yang pernah menaikkan namanya dalam industri hiburan tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button