18 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini, Batu Pahat paling berjerebu
KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 8.15 pagi ini.
Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan lapan kawasan, dengan Batu Pahat merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 188.
Ia diikuti Kluang dengan bacaan 169, Segamat dan Larkin masing-masing 166, Pasir Gudang (165), Tangkak (164), Kota Tinggi (155) serta Pengerang (154).
Di Negeri Sembilan pula, dua kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Nilai dengan 161 dan Seremban (157).
Melaka turut merekodkan dua kawasan dalam kategori berkenaan, masing-masing Bandaraya Melaka dengan bacaan 155 dan Bukit Rambai (115).
Sementara itu, Pahang mencatatkan empat kawasan iaitu Rompin dengan bacaan 152, Kuantan (Balok Baru) 153, Indera Mahkota (142) dan Jerantut (102).
Di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan IPU 140, manakala Batu Muda mencatatkan 120.
Putrajaya pula merekodkan bacaan 152, manakala di Terengganu, dua kawasan iaitu Kemaman dan Paka masing-masing mencatatkan bacaan 134 dan 111.
Pada masa sama, sebanyak 42 kawasan merekodkan bacaan IPU dalam kategori sederhana, manakala lima kawasan lagi berada dalam kategori baik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








