Negara kehilangan permata seni, Jalil Hamid dikenang sebagai penghibur unik – Fahmi
KUALA LUMPUR – Pemergian seniman tanah air, Jalil Hamid disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Allahyarham merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.
“Kita kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air hari ini.
“Beliau merupakan penghibur yang unik dengan gaya dan bakat tersendiri. Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan seperjuangan Allahyarham.
“Takziah buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
BACA JUGA:
Pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia
“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Terdahulu, Jalil dilaporkan meninggal dunia dalam tidur tengah hari tadi.
Perkara itu dimaklumkan anak perempuannya, Afiqah Jalil menerusi satu hantaran ringkas di laman Instagram.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















