LUAR NEGARA

32 maut dalam nahas pesawat tentera Nigeria

ABUJA – Seramai 32 orang maut selepas sebuah pesawat tentera Nigeria terhempas di kawasan Igbokoda, Ondo, barat daya negara itu, semalam.

Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu, mengesahkan semua 32 individu yang berada dalam pesawat berkenaan terkorban dalam nahas itu.

Mangsa terdiri daripada 25 penumpang dan tujuh kru.

“Pesawat jenis ATR-42 milik Tentera Udara Nigeria (NAF) itu sedang dalam penerbangan rutin dari Benin City ke Lagos sebelum hilang hubungan dengan menara kawalan udara kira-kira jam 9.13 pagi waktu tempatan.

“Kementerian Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa Nigeria memaklumkan bangkai pesawat ditemui berhampiran sebuah pangkalan tentera laut di Igbokoda. Operasi mencari dan menyelamat kemudian digerakkan oleh pihak berkuasa,” lapor Al-Jazeera.

nahas
Operasi pencarian mangsa nahas di kawasan Igbokoda, Ondo, barat daya Nigeria yang turut dibantu penduduk kampung.

Sehubungan itu, Tinubu mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas serta mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Beliau turut mengisytiharkan tiga hari berkabung bagi menghormati anggota Tentera Udara Nigeria yang terkorban.

Nahas itu antara tragedi udara paling buruk di Nigeria sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button