BERITA SEMASAPMX

PM ziarah jenazah pegawai Pejabat Perdana Menteri

PUTRAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberi penghormatan terakhir kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia petang semalam.

Perdana Menteri tiba di Masjid Putra Heights pada pukul 8.45 pagi dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat.

Pemergian Rozaid disifatkan kehilangan seorang sahabat baik yang tidak tergambar dengan kata-kata kerana telah lama mengenalinya.

Anwar juga mengambarkan hubungan rapat beliau dengan bapa arwah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Permatang Pauh.

“Di pejabat (PMO), arwah merupakan tonggak strategi dalam menyantuni dan memberikan pendekatan media yang terbaik,” katanya kepada media hari ini.

Rozaid yang pernah berkhidmat di beberapa syarikat akhbar tempatan bermula dengan Utusan Malaysia, Sinar Harian dan MStar meninggal dunia pada 7 malam semalam di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya akibat masalah jantung.

Arwah sebelum ini dirawat di Hospital Serdang, Selangor sejak awal Julai lalu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini, pada pukul 10.50 pagi.

Kira-kira 200 orang hadir bagi memberi penghormatan terakhir terdiri daripada pengurusan tertinggi kerajaan, ahli keluarga, saudara, warga PMO dan kenalan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button