
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dikebumi di Pekan, Pahang hari ini
SUNGAI BULOH – Jenazah mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.
Abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah berkata, jenazah akan dituntut hari ini, selepas semua prosedur selesai.
Bagaimanapun, Mohd Fariza tidak memperincikan bila proses pengebumian akan dilaksana dan tanah perkuburan yang ditetapkan.
Terdahulu, petugas media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, sejak pukul 7 pagi tadi.
Sehingga jam 8.30 pagi, tiada ahli keluarga mahupun rakan Nur Farah dilihat berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Nur Farah Kartini yang juga graduan UPSI dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang kelmarin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








