HIBURAN

Peminat cilik sebak bertemu Sharnaaz Ahmad, wajah dikatakan mirip arwah bapa

KUALA LUMPUR – Pertemuan singkat dua peminat cilik dengan pelakon Sharnaaz Ahmad bertukar menjadi momen mengharukan apabila kedua-duanya tidak dapat menahan sebak ketika bertemu pelakon berkenaan.

Momen menyentuh hati itu berlaku ketika Sharnaaz menyantuni peminat pada jelajah promosi filem Chelot baru-baru ini.

Menerusi hantaran Golden Screen Cinemas (GSC) di Instagram, kedua-dua kanak-kanak berkenaan dikatakan tersentuh selepas melihat wajah Sharnaaz yang didakwa seakan-akan mirip arwah bapa mereka.

Dalam video dikongsikan, kedua-duanya dilihat menitiskan air mata sebelum memeluk erat Sharnaaz yang turut melayan mereka dengan penuh mesra.

GSC menyifatkan pertemuan singkat itu sebagai satu momen istimewa yang meninggalkan kesan mendalam kepada kedua-dua peminat cilik berkenaan.

“Ada pertemuan yang singkat, tapi meninggalkan rasa yang dalam. Satu momen yang pasti akan dikenang,” tulis GSC menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

Perkongsian itu turut menarik perhatian warganet yang rata-rata tersentuh melihat reaksi kedua-dua kanak-kanak berkenaan ketika berhadapan dengan Sharnaaz.

Malah, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengakui tersentuh dengan momen berkenaan menerusi ruangan komen.

“Nape saya pun nangis,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @balankash pula mendoakan agar kedua-dua kanak-kanak itu membesar menjadi insan yang baik, selain menyifatkan momen berkenaan sebagai satu bentuk keberkatan buat Sharnaaz.

“That is why God has blessed you in so many ways Sharnaaz Ahmad. Let’s pray these boys will grow up to be great men,” komennya.

Seorang lagi pengguna, @dinanadzir turut meluahkan rasa sebak melihat kedua-dua kanak-kanak itu seolah-olah berpeluang mengimbau kembali wajah insan yang amat dirindui mereka.

“Ya Allah, sebaknya. Good one Sharnaaz Ahmad. Dapatlah diorang ingat balik wajah yang sangat dirindui. That face to smile back at them. So beautiful,” tulisnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button