BERITA SEMASA

Isteri, anak mangsa nahas dihempap lori tangki dikebumi hari ini

KUALA LUMPUR – Jenazah wanita dan anak lelakinya yang maut dalam kemalangan membabitkan lori tangki bermuatan diesel di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanggang, hari ini.

Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, memaklumkan solat jenazah isterinya, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anak mereka, Muhammad Fattah Aisy Naufal, 12, akan dilaksanakan selepas solat Zohor di Masjid Sanggang (Saidina Abu Bakar As-Siddiq).

“Insya-Allah, esok (hari ini) jenazah isteri bidadari dan anak pemuda syurga saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanggang, Temerloh, Pahang.

“Solat jenazah selepas Zohor di Masjid Sanggang (Saidina Abu Bakar As-Siddiq),” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat lalu, sebuah lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dan menghempap kereta Perodua Bezza dipandu Nur Fatima Syuhada.

Kedua-dua kenderaan itu kemudian terbakar akibat nahas berkenaan menyebabkan Nur Fatima Syuhada dan anaknya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu lori tangki pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button