BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Liputan internet Kampung Seberang Gajah bakal diperkukuh dengan pembinaan menara baharu

TANGKAK – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menggerakkan usaha memperkukuh liputan telekomunikasi di Kampung Seberang Gajah, di sini menerusi cadangan pembinaan sebuah menara telekomunikasi baharu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pembinaan menara itu penting bagi mengatasi masalah capaian rangkaian yang masih tidak memuaskan meskipun terdapat dua menara telekomunikasi berhampiran kawasan berkenaan.

“Pelan pembinaan menara baharu telah dirancang dan ketika ini syarikat penyedia perkhidmatan sedang menunggu kelulusan permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

“Saya berharap proses kelulusan permit dan pembinaan menara telekomunikasi baharu ini dapat disegerakan supaya penduduk Kampung Seberang Gajah dapat menikmati perkhidmatan internet yang lebih berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

mcmc
Nie Ching menyantuni penduduk dalam lawatan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tinjauan perkhidmatan telekomunikasi bersama MCMC dan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi di Kampung Seberang Gajah, hari ini.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati liputan daripada dua menara sedia ada tidak meluas dan masih gagal menampung keperluan penduduk secara optimum.

Sehubungan itu, MCMC telah memohon kepada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi supaya membina sebuah menara baharu bagi meningkatkan kualiti liputan internet di kawasan berkenaan.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya; Pengarah Pejabat Wilayah Selatan MCMC, Rizal Abd Malek serta wakil-wakil syarikat telekomunikasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button