BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki serang aktivis isu lambakan warga asing ditahan polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bertindak kasar dan memprovokasi sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang kelmarin, telah ditahan pihak berkuasa semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 11.50 pagi susulan laporan berhubung insiden yang berlaku sekitar 6.44 petang Ahad.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai satu rekod jenayah lampau serta tiga rekod berkaitan kesalahan dadah.

“Pihak polis akan membuat permohonan reman esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Video tular itu memaparkan suspek bukan sahaja menghamburkan kata-kata kesat, malah bertindak agresif terhadap anggota NGO yang dipercayai sedang memberi penerangan mengenai larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button