BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki menyamar anggota unit khas, ugut wanita di Batu Berendam dikesan polis

MELAKA – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan didakwa mengugut wanita di Batu Berendam di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kini mengambil alih siasatan kes berkenaan.

“Sebarang kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik laporan penuh daripada D11 diterima,” katanya.

Tular baru-baru ini mesej disertakan gambar dan pautan akaun TikTok mendakwa seorang lelaki menahan wanita sebelum meminta wang, kononnya bagi mengelak tindakan saman.

Individu terbabit dipercayai menyamar sebagai anggota unit khas PDRM yang menjalankan penguatkuasaan trafik.

Menurut mesej itu, sekiranya mangsa enggan menyerahkan wang, lelaki berkenaan mengugut untuk melakukan tindakan seksual terhadap mangsa.

Orang ramai, khususnya golongan wanita, dinasihatkan sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button