Lelaki cedera diserang tiga individu di BTHO
KAJANG – Seorang lelaki tempatan cedera selepas dipercayai diserang tiga individu yang menggunakan senjata tajam di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) di sini semalam.
Dalam kejadian jam 4.59 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan cedera di lengan kiri di kaki lima sebuah premis perniagaan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.55 petang hari sama.
“Mangsa berusia 30 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut, lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata, polis sedang mengesan ketiga-tiga suspek berkenaan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi menerusi talian 013-6232713 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














