Kontraktor wanita dicabul di tempat letak kereta
KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki dan dicabul di tempat letak kereta di sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2 semalam.
Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor berusia 33 tahun menuju ke keretanya sebelum didatangi lelaki tidak dikenali dan melakukan perbuatan terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan pada pukul 8.09 pagi semalam berhubung kes mencabul itu.
Beliau berkata, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2.
“Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 28 tahun.
“Setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







