BERITA SEMASADALAM NEGERI

LGBT: Kerajaan Selangor gesa pihak berkuasa jalankan siasatan program ‘Glamping With Pride’

SHAH ALAM – Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan terhadap penganjuran program Glamping With Pride di Hulu Langat, yang akan diadakan pada minggu depan.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi, yang menegaskan
pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang cubaan menyebar dan mempromosikan budaya songsang di negeri itu.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha bagi menyebar dan mempromosikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan norma masyarakat.

“Saya telah berhubung dengan pihak polis dan minta pihak berkuasa jalankan siasatan serta ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kumpulan terbabit yang meneruskan program Glamping With Pride pada hujung minggu depan meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button