JENAYAH & MAHKAMAH

Ketua Polis Dang Wangi cedera dalam operasi di Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera ketika operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di sini, hari ini.

Sulizmie Affendy dilihat mengalami kecederaan di muka dengan berlumuran darah selepas berdepan dengan penduduk yang cuba memasuki kawasan berkenaan.

sulizmie affendy
Sulizmie Affendy dilihat mengalami kecederaan di muka dengan berlumuran darah selepas berdepan dengan penduduk yang cuba memasuki kawasan berkenaan.

Terdahulu, operasi yang dijalankan bagi melaksanakan pelan pembangunan semula Kampung Sungai Baru bertukar tegang apabila penduduk menuntut akses ke kawasan itu.

Operasi berkenaan diketuai oleh seorang bailif mahkamah dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Penduduk yang berkumpul di lokasi sejak awal pagi difahamkan cuba merempuh masuk ke kawasan operasi pukul 10 pagi tadi.

Namun, tindakan mereka dihalang oleh anggota polis yang bertugas.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kemudiannya ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Wakil media turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan operasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button