Kepentingan Orang Melayu di Kampung Baru kekal terjamin – Menteri Wilayah
KUALA LUMPUR – Kepentingan Orang Melayu di Kampung Baru di sini akan terus dipelihara dan tidak akan diketepikan dalam sebarang pelan pembangunan semula kawasan bersejarah itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa hari ini menjunjung titah pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru.
Menurut Dr. Zaliha, setiap langkah pembangunan akan dilaksanakan dengan penuh hemah, berpaksikan undang-undang serta selari dengan pendirian kerajaan bahawa Kampung Baru kekal sebagai simbol kelangsungan maruah Orang Melayu di ibu negara.

“Sebarang usaha untuk mengganggu-gugat keharmonian masyarakat atau mempolitikkan isu ini adalah tidak wajar. Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan sejarah penubuhan serta warisan Kampung Baru terus dihormati,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin menegaskan pembangunan semula Kampung Baru perlu dilaksanakan secara teliti dengan memberi keutamaan terhadap kepentingan orang Melayu.
Baginda bertitah bahawa pembangunan tidak boleh menafikan sejarah kawasan berkenaan yang ditubuhkan pada tahun 1899 hasil kurniaan Sultan Selangor kelima, Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















