BERITA SEMASA

Kekecohan sewaktu operasi pengosongan Kampung Sungai Baru tidak sepatutnya berlaku

KUALA LUMPUR – Isu kekecohan sewaktu operasi pengosongan 37 buah rumah di Kampung Sungai Baru di sini tidak sepatutnya berlaku kerana pemilik yang terlibat telah lama diberikan notis pengosongan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk menguruskan masalah berkenaan.

Untuk rekod, Johari baru-baru ini dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

“Walaupun kita telah merancang untuk adakan konvensyen mengenai Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (RUU PSB), (tetapi) kita akan terus ambil tindakan segera sesuai dengan apa yang ada di dalam sistem perundangan sedia ada,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Sidang Kemuncak Kewangan Dunia Islam, di sini hari ini.

Insiden kekecohan tersebut turut menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai akibat terkena balingan objek.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button