Kerajaan tangguh kenaikan kadar tol
PUTRAJAYA – Tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan kenaikan itu walaupun terdapat perjanjian dengan pemegang konsesi.
“Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan kadar tol, bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar yang sama.
“Keputusan ini akan menyebabkan kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.
Tambahnya, antara tol yang terlibat termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








