BERITA SEMASA

Kerajaan sedia turun cukai jalan kenderaan diesel – PM

BATU KAWAN – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelarasan turun kadar cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan bahan api diesel dalam masa terdekat bagi menangani isu kos sara hidup akibat kenaikan harga bahan api itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Kementerian Pengangkutan mewujudkan mekanisme pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Turunkan harga minyak (diesel) sekarang ini tidak mampu tetapi cukai jalan itu boleh (dikurangkan) dan terdapat sebanyak 1.8 juta kenderaan diesel di Malaysia.

“Jumlah masih kecil ketimbang keseluruhannya tetapi bagi 1.8 juta kenderaan ini ada masalah kerana harga diesel naik,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Related Articles

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan kekal dengan dasar penyasaran subsidi bagi petrol RON95 menerusi Program Budi MADANI (BUDI95) dengan tanggungan subsidi bahan api kini mencecah kira-kira RM7 bilion sebulan.

Beliau berkata keutamaan kerajaan ketika ini bukan hanya tertumpu kepada harga bahan api, sebaliknya turut memastikan bekalan kekal mencukupi susulan krisis bekalan global.

Sementara itu, Anwar menegaskan Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan semua negara bagi melindungi kepentingan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button