PMXBERITA SEMASA
Sambutan Songkran bagi memperkukuh perpaduan
Perdana Menteri ucap selamat menyambut Songkran kepada semua kaum Siam di Malaysia
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Songkran kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.
Perdana Menteri menyarankan sambutan Songkran tahun ini disambut bersama-sama bagi menggerakkan usaha memperkukuh perpaduan dan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum dan agama.

“Singkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah sekali gus merugikan kita semua,” katanya pada satu hantaran di laman X hari ini.
Perdana Menteri turut berkata, kesepaduan yang kukuh adalah senjata paling ampuh untuk kita merealisasikan cita-cita murni mengangkat darjat watan ke tingkat tertinggi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








