BERITA SEMASA

Keputusan kemasukan ke universiti diumum Jumaat ini

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari pada hari tersebut sehingga 14 September, jam 5 petang melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar.

Menurut KPT, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada setuju terima atau menolak tawaran bermula 6 hingga 14 September di laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan oleh UA mulai 6 September selepas calon membuat pengesahan tersebut.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari iaitu mulai 5 September, jam 12 tengah hari sehingga 14 September, jam 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPT berkata, tawaran tempat bagi sesi akademik kali ini adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian atau UA tidak dibenarkan.

“Pemilihan rayuan pula hanya bergantung kepada kekosongan tempat mengikut program selepas pendaftaran pelajar baharu selesai,” katanya lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat terus ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Putrajaya atau melalui e-mel upu@mohe.gov.my selain laman media sosial rasmi KPT.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button