BERITA SEMASA

Kemelut Utusan, Kosmo!: Tun Faisal gesa tangguh keputusan pemberhentian pekerja

KUALA LUMPUR – Media Mulia Sdn Bhd digesa menangguhkan sebarang keputusan pemberhentian pekerja yang terlibat dalam Program Cuti Berbayar (Paid Leave Programme) sehingga penyelesaian menyeluruh dicapai berhubung kemelut yang membabitkan Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, langkah itu penting bagi memastikan pekerja mendapat penjelasan sewajarnya mengenai kedudukan, hak serta masa depan pekerjaan mereka.

Tun Faisal
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, kemelut yang melibatkan hampir 100 pekerja itu perlu diselesaikan segera, selain menuntut UMNO dan pemimpin parti berkenaan memainkan peranan berdasarkan sejarah serta hubungan rapat mereka dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

“Dalam usaha mencari penyelesaian, Media Mulia mesti menangguhkan sebarang keputusan pemberhentian pekerja.

“Rundingan secara telus mesti diadakan terlebih dahulu supaya pekerja mendapat penjelasan mengenai kedudukan, hak dan masa depan pekerjaan mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, Media Mulia juga perlu segera mengadakan perbincangan dengan kerajaan, khususnya Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagi mencari langkah intervensi dan meneroka semua pilihan yang ada.

BACA JUGA:
ARMADA desak Media Mulia kaji semula penamatan hampir 100 pekerja sebelum Aidilfitri
100 pekerja, wartawan Utusan-Kosmo bakal diberhentikan 

“Syarikat itu juga mesti mengutamakan pengekalan dan penempatan semula pekerja.

“Pengalaman serta kepakaran warga Utusan dan Kosmo! perlu dimanfaatkan dengan membuka peluang penempatan dalam bahagian digital, multimedia, penerbitan dalam talian dan operasi anak-anak syarikat Media Mulia yang bersesuaian,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya Media Mulia menyediakan pelan transformasi dan latihan semula bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan industri media.

Menurutnya, pekerja perlu diberikan peluang meningkatkan kemahiran dalam kewartawanan digital, penghasilan kandungan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya mereka terus dapat menyumbang kepada operasi serta perniagaan syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button