JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut jatuh pangsapuri di Kajang

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 7.12 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki tempatan berusia 11 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memastikan aspek keselamatan anak-anak terutama yang tinggal di kawasan kediaman bertingkat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau berdepan sebarang kecemasan diminta menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button