Kanak-kanak 12 tahun lemas ketika mandi di lombong
TANGKAK – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama rakan-rakannya di kawasan lombong berhampiran Kampung Penchu, Kundang, di sini petang tadi.
Mangsa, Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal yang maut merupakan pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Penchu dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.20 petang.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa bersama adik lelaki serta rakan lain mandi di kawasan itu yang mempunyai kedalaman tiga meter.
“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan polis, bomba serta bantuan penduduk setempat, Pemeriksaan awal pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Serambang mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya memetik laporan BH Online.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut diminta berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9785222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








