JENAYAH & MAHKAMAH

Beli tanah tanpa pindah milik, lelaki rugi RM307,000

TANGKAK – Hasrat seorang lelaki memiliki sebidang tanah terkubur selepas menjadi mangsa penipuan dalam urusan jual beli tanah melibatkan kerugian sebanyak RM307,000.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun hari ini berhubung kes penipuan jual beli tanah yang dibuat kira-kira sedekad lalu di daerah berkenaan.

Menurutnya, mangsa dipercayai diperdaya oleh suspek apabila urusan pertukaran hak milik tanah tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah.

“Mangsa ditawarkan pembelian tanah tersebut sekitar Mac 2013 dan telah membuat beberapa transaksi pembayaran dari 24 April 2013 hingga 20 Ogos 2014.

“Bayaran dibuat menggunakan cek dan tunai bagi pembelian tanah seluas 1.59 ekar berbentuk lot, yang mempunyai sebuah rumah, sebuah bangunan serta pokok durian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam urusan jual beli hartanah dan memastikan semua proses pertukaran hak milik dibuat secara sah melalui Pejabat Tanah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button