Dua kanak-kanak maut, ditemui lemas di Tasik Menawan
JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Tasik Menawan, Pelangi Indah, di sini, awal pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak malam, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shafie Md Din berkata, pasukan penyelamat yang terdiri daripada 14 anggota bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemui kedua-dua mangsa kira-kira lima meter dari tebing tasik pada pukul 2.28 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.44 malam dan tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Terdapat dua pasang selipar ditemukan di tebing dipercayai milik mangsa iaitu Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizee, 9, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimudi, 10 tahun.
“Pasukan bomba menjalankan pencarian menggunakan kaedah water surface searching pada jarak sekitar 7.6 meter dari tebing, manakala PPDA menggunakan teknik arch pattern sebelum menemui mangsa pada kedalaman tiga meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 3.05 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








