BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lelaki dikhuatiri lemas, tiga ahli keluarga selamat dalam insiden bot terbalik

JASIN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga ahli keluarganya berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki terbalik ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Lanchang, Kampung Lanchang, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Abdillah Hamid memaklumkan, mangsa yang terselamat terdiri daripada seorang lelaki berusia 42 tahun, isterinya berumur 35 tahun, serta anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun.

Bagaimanapun, seorang ahli keluarga mereka yang berusia 21 tahun dikhuatiri lemas dalam kejadian tersebut.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 pagi dan segera mengerahkan 12 anggota bersama dua jentera dari BBP Merlimau dan Jasin Bestari ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 10.42 pagi dan terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum diberikan rawatan awal resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pegawai kesihatan.

“Semua mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut, manakala usaha mencari seorang lagi ahli keluarga mereka yang hilang masih diteruskan,” katanya.

Abdillah menjelaskan, operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor utama iaitu di lokasi mangsa jatuh, kawasan tengah sungai, dan di hujung muara sungai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button