BERITA SEMASA

3 sesat ketika berbasikal ditemui di Jeram Dinding

JELEBU – Tiga lelaki warga negara asing ditemui selamat, tengah hari tadi selepas dipercayai tersesat ketika mengayuh basikal di sini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sembilan berkata, laporan awal pihak polis menyatakan bahawa tiga mangsa terbabit gagal dikesan selepas mereka keluar dari rumah mereka di Duta Mas, Kuala Lumpur pagi semalam.

Sehubungan itu, isteri kepada salah seorang pengayuh terbabit turut memberitahu bahawa mereka mengayuh basikal ke Jelebu melalui Jalan Genting Peras.

“Kali terakhir wanita itu mengesan suami dan dua rakannya itu pada pukul 4.38 petang semalam melalui GPS dan kesemua mereka berada di Chennah.

“Selepas itu wanita itu gagal mengesan keberadaan suami dan dua lagi lelaki itu selain gagal menghubungi melalui panggilan telefon sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Susulan itu, bomba mengerakkan operasi mencari dan menyelamat ke Gunung Besar Hantu pada pukul 8 pagi tadi sebaik kejadian itu dimaklumkan.

Operasi tersebut melibatkan 24 anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lapan kakitangan Jabatan Perhutanan.

Kesemua mangsa itu kemudian ditemui di Jeram Dinding berhampiran Taman Negeri Kenaboi pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Jelas PGO itu, mangsa yang masing-masing berwarga negara Mexico, Ecuador dan United Kingdom itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button