Bayi perempuan tahan kesakitan, kaki tersepit dalam lubang singki
KAJANG – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit di dalam lubang singki di sebuah rumah di Taman Seri Taming Cheras, di sini, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.04 petang.
“Seramai lima anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh empat kilometer,” katanya dalam kenyataan semalam.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kaki seorang bayi telah tersangkut pada lubang singki.
“Operasi mengeluarkan kaki mangsa telah berjaya dilakukan, mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














