BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Buaya seberat 100 kg ditangkap di Teluk Bahang selepas tular di media sosial

TELUK BAHANG – Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 100 kilogram (kg) yang dikesan di pantai peranginan di sini berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas video kelibat reptilia itu tular dalam media sosial hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut, Kapten Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemunculan haiwan berkenaan pada pukul 3.50 petang.

Katanya, buaya sepanjang 3.6 meter itu kemudian berjaya ditangkap menggunakan pukat sebelum ditarik menggunakan bot nelayan selepas hampir tiga jam operasi dimulakan.

Buaya seberat 100 kg yang ditangkap selepas dikesan di pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang.

“Cuba pertama gagal selepas pucat yang digunakan pecah ditarik buaya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi melibatkan seramai 20 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komuniti nelayan setempat.

“Tindakan pantas pasukan penyelamat bukan sahaja memastikan keselamatan pengunjung terjamin, malah berjaya menamatkan ancaman dengan tangkapan buaya berkenaan,” katanya

Sehubungan itu, APM menasihatkan orang ramai yang pergi bermandi manda di kawasan pantai berkenaan supaya berhati-hati kerana kemungkinan masih ada buaya di kawasan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button