BERITA SEMASA

Tiga sekeluarga lemas di Sungai Balak, Batang Kali

HULU SELANGOR – Seorang bapa dan dua anaknya dilaporkan lemas di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 1.09 tengah hari tadi.

“Tiga mangsa tempatan yang terlibat, bapa berusia 43 tahun dan dua anaknya (perempuan, 9, dan lelaki, 6) disahkan meninggal dunia,” dalam satu siaran media.

Komander Operasi, Mohd Yusof Md Ali berkata, kesemua mangsa dijumpai pada pukul 1.35 petang pada jarak 30 meter dari mangsa lemas.

“Mereka sekeluarga dari Kampung Kuantan, Batang Kali datang ke sungai tersebut untuk bermandi-manda bersama keluarga,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kerja-kerja membawa naik kesemua mangsa selesai dilakukan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button